Carian
Android 5.0 Dengan MIUI 6 Dijangka Hadir Ke Peranti Keluarga Mi Pada Suku Pertama 2015
November 26, 2014 Aman

Dengan pengenalan Android 5.0 Lolipop oleh Google baru-baru ini, salah satu perkara yang menjadi pertanyaan ramai adalah bilakah peranti mereka akan menerima kemaskini tersebut. Beberapa pengeluar sedia mengumumkan mengenainya, dan kini pihak Xiaomi turut mengumumkan perancangan mereka.

Hugo Barra melalui sebuah temuramah dipetik mengatakan yang mana pengenalan Android 5.0 Lolipop adalah menjadi salah satu fokus utama mereka, dan mereka menyasarkan untuk memperkenalkan ia untuk peranti keluarga Mi seawal suku pertama 2015 kelak.

Bersama-sama pengenalannya, mereka kini dalam proses mengintegrasikan Material Design dengan MIUI, dan akan memperkenalkan kelebihan daripada kedua-dua rekaan kepada pengguna peranti mereka.

Selain keluarga Mi, keluarga Redmi turut dijangka akan menerimanya, tetapi tiada sebarang latar masa untuknya buat masa ini.

Komen