Skype Kini Membolehkan Anda Menjawab Panggilan Video Ketika Menggunakan Aplikasi Lain Di Android

Skype Kini Membolehkan Anda Menjawab Panggilan Video Ketika Menggunakan Aplikasi Lain Di Android

Diterbitkan pada November 26, 2014 oleh .

Skype hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Android mereka, dimana melaluinya ia kini membawakan sokongan untuk pengguna membuat panggilan video walaupun sedang menggunakan aplikasi lain pada sesuatu masa.

Skype Android

Perkara ini sekaligus memudahkan lagi anda untuk merujuk kepada dokumen lain pada peranti yang sama tanpa sebarang masalah. Sekiranya anda membuka sebuah aplikasi lain, Skype akan memaparkan gambar dalam saiz kecil pada bahagian hujung tepi peranti.

Disamping itu, kemaskini baru ini turut membawakan pengoptimasian dan menjadikan aplikasi beroperasi dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

Muat-Turun Skype untuk Android


TIPS & ULASAN