GoPro Dilaporkan Akan Hadir Dengan Penawaran Dron Untuk Pengguna Pada Tahun Hadapan

GoPro Dilaporkan Akan Hadir Dengan Penawaran Dron Untuk Pengguna Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 27, 2014 oleh .

GoPro sedia terkenal dikalangan ramai pengguna oleh kerana penawaran produk kamera aksi mereka yang digunakan dengan meluas. Kini, ia turut dikatakan GoPro bakal turut memasarkan dron yang turut dilengkapi dengan kamera untuk pengguna pada penghujung tahun hadapan.

Pada hari ini sendiri terdapat sejumlah dron di pasaran yang dilengkapi dengan sokongan rakaman gambar menggunakan kamera pihak ketiga – dimana kebanyakkannya adalah GoPro. Dengan GoPro sendiri memasuki arena tersebut, mungkin mereka akan dapat menarik peminat mereka, disamping pada masa yang sama memastikan pengguna mendapat penawaran yang baik.

Menurut laporan awal, peranti baru tersebut dijangka dipasarkan pada harga berkemungkinan antara $500 (~RM1675) ke $1000 (~RM3351). Pengenalan produk ini juga dijangka akan mevariasikan penawaran produk dibawah keluarga GoPro.

Apa pun, semua sedia maklum akan kualiti kamera daripada GoPro, dan kini semestinya ramai yang menantikan bagaimanakah kualiti dron mereka, disamping bagaimanakah ia akan membawakan perbezaan dalam dunia fotografi kelak.


TIPS & ULASAN