Mozilla Ingin Memudahkan Pengguna Firefox Membuat Carian Web

Mozilla Ingin Memudahkan Pengguna Firefox Membuat Carian Web

Diterbitkan pada November 27, 2014 oleh .

Mozilla baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa enjin carian untuk disertakan pada Firefox, dan bersama-sama dengannya, Mozilla turut dilihat bakal hadir dengan rekabentuk antaramuka baru untuk sokongan carian mereka.

Firefox Search

Seperti semua sedia maklum, carian merupakan salah satu aktiviti popular yang dilakukan oleh keseluruhan pengguna internet. Kini, pada Firefox, pengguna boleh menaip kata kunci carian yang ingin dilakukan mereka, dan seterusnya mereka akan diberikan dengan senarai cadangan carian, selain pengguna turut boleh mengakses carian di sesuatu laman khusus dengan satu klik.

Pengguna juga turut boleh menambah senarai enjin carian dengan mudah, dimana mereka hanya perlu melayari sesuatu laman yang diinginkan, dan menambah ia dengan klik pada ikon carian.

Firefox Search

Kemaskini baru ini bakal diperkenalkan oleh Firefox tidak lama lagi bersama-sama pengenalan versi baru pelayar web mereka.


TIPS & ULASAN