Opera Mini Diperkenalkan Dalam Bentuk Beta Untuk Android 2.3 Dan Terkini

Opera Mini Diperkenalkan Dalam Bentuk Beta Untuk Android 2.3 Dan Terkini

Diterbitkan pada November 27, 2014 oleh .

Opera Mini BetaOpera Mini merupakan salah satu pelayar web untuk peranti mudah-alih yang popular di dunia. Terkini, mereka turut hadir dengan versi beta untuk pengguna Android yang menggunakan versi Android 2.3 dan terkini, disamping menawarkan pelbagai fungsi menarik melaluinya.

Melalui Opera Mini untuk Android ini pengguna ditawarkan dengan sokongan penjimatan data sehingga 90%, selain turut membolehkan anda menggunakan tetingkap dalam bentuk incognito. Fungsi lain yang turut disertakan adalah kebolehan untuk menetapkan pelayar web mengikut tetapan saiz skrin seperti untuk paparan telefon, paparan klasik atau paparan tablet.

Sokongan sync turut disertakan, selain membolehkan pengguna melihat penjimatan data harian menggunakan pelayar web baru ini.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android yang menjalankan versi Android 2.3 dan terkini, boleh mencuba pelayar web Opera Mini baru ini, dan menjimatkan lagi penggunaan data anda ketika pelayaran web.

Muat-Turun Opera Mini untuk Android


TIPS & ULASAN