Cari @ Amanz

TwitterKebanyakkan entiti berasaskan internet menjana wang mereka melalui pengiklanan, dan tidak ketinggalan adalah pihak Twitter. Kini, Twitter turut berkongsi mengatakan yang mana mereka akan mula menawarkan pengiklanan yang lebih baik melalui aplikasi mereka dengan mengimbas aplikasi yang terpasang pada peranti anda.

Penawaran iklan Twitter masih pada peringkat rendah pada hari ini, dan selalunya ia disasarkan menggunakan lokasi buat masa ini. Dengan mengimbas peranti mudah-alih, ia akan memudahkan lagi pengiklan mendapatkan pengguna baru yang tidak mempunyai aplikasi tersebut dipasang, sementara pengguna pula tidak akan melihat iklan untuk aplikasi yang telah tersedia dipasang pada peranti mereka. Twitter menamakan fungsi ini sebagai “App Graph”, dan akan melibatkan pengguna Android dan iOS.

Fungsi ini masih belum diaktifkan lagi buat masa ini, dan Twitter mengatakan mereka akan menawarkan kebolehan untuk mengaktifkan atau mematikan fungsi ini pada peranti pengguna – memandangkan mungkin beberapa pengguna tidak menyukai perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd