Cari @ Amanz

Pada tahun ini pelbagai aktiviti berkaitan startup telah dijalankan antaranya seminar, perkongsian informasi, sesi pitching malahan juga hackathon. Terbaru Pixaworks bakal mengadakan program StartupHouse dimana 10 peserta terdiri dari 5 startup akan tinggal serumah selama 3 bulan untuk mencipta aplikasi mereka dari bulan Januari sehingga Mac 2015.

Melalui program ini, peserta akan tinggal bersama di kondo di Cyberjaya selama 3 bulan bagi melengkapkan idea startup mereka. Sepanjang program ini terdapat mentor yang akan membantu peserta dalam berkongsi pendapat dan tunjuk ajar. Program ini bukanlah seperti pertandingan yang biasa diadakan kerana ia lebih menyasarkan pasukan startup untuk menyiapkan produk mereka namun terdapat ganjaran dana awalan sebanyak RM20,000 bagi startup yang membangunkan projek berkaitan ‘geo’ tajaan Geomash.

Penyertaan untuk program ini adalah percuma dan bagi mereka yang berminat boleh menghantarkan permohonan. Permohonan akan disenarai pendek pada akhir bulan Disember. Sekiranya anda seorang yang mempunyai idea tetapi tidak punya masa untuk melaksanakannya, anda mungkin boleh mengambil cuti tanpa gaji bagi menyertai program ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd