Selangor Cyber Games – Sukan Siber Anjuran Bersama Kerajaan Selangor

Selangor Cyber Games – Sukan Siber Anjuran Bersama Kerajaan Selangor

Diterbitkan pada November 27, 2014 oleh .

Selangor-Cyber-Games-1

Sukan siber di Malaysia semakin berkembang pesat dengan beberapa e-atlet negara berjaya mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Tahun lalu Orange ESports berjaya memenangi tempat ke-3 di pertandingan The International DoTA yang berlangsung di Seattle Amerika Syarikat. Kini, kepada atlet sukan siber yang berada di Selangor, Jawatankuasa Tetap Generasi Muda Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawan Negeri Selangor akan menganjurkan Selangor Cyber Games di Encorp Strand Mall pada 13- 14 Disember akan datang.

Pertandingan sukan siber ini menawarkan hadiah bernilai RM 30 000. Peserta akan bertanding di dalam permainan DoTA 2, CS:GO, League of Legends dan FIFA 15. Pertandingan dibuka hanya untuk warga Malaysia.

Inisiatif dari kerajaan Selangor ini dilihat adalah untuk menyokong sukan siber dikalangan remaja hari ini. Penganjuran sukan siber oleh kerajaan negeri turut menunjukkan sukan siber semakin mendapat pengiktirafan. Sekurang-kurangnya kepakaran anak watan bermain di dalam sukan siber dapat dipupuk dan diiktiraf; serta bukan sekadar aktiviti yang sia-sia menghabiskan masa. Kami menunggu sahaja pertandingan sukan saiber yang melibatkan Super Mario Brothers 3. Ini adalah satu-satunya permainan yang boleh kami akui mempunyai kepakaran.

Layari : Selangor Cyber Games


TIPS & ULASAN