Penggunaan tema pada telefon pintar bukan sesuatu yang baru. Selain daripada penawaran pihak ketiga, beberapa pengeluar peranti sedia menawarkan sokongan pemilihan tema berbeza, termasuk daripada Xiaomi, Huawei, dan sebagainya.
Terkini, beberapa paparan skrin hadir memperlihatkan Samsung turut sama akan menambah sokongan lebih kurang sama, membolehkan pengguna memilih tema lain, menggantikan keseluruhan ikon, gambar latar dan sebagainya pada peranti mereka. Sekiranya mengikut beberapa penawaran sedia ada pada peranti lain, kita juga mungkin akan dapat melihat beberapa tema ditawarkan untuk dimuat-turun oleh pengguna ke peranti tersebut, dan membolehkan perekabentuk menerbitkan tema mereka.
Ia tidak diketahui bilakah Samsung akan memperkenalkannya secara rasmi. Jika perkembangan ini positif, mungkin kita akan dapat melihat ia diimplementasikan pada versi TouchWiz akan datang.
Jadi, apa kata anda berkenaan perkembangan ini?