Cari @ Amanz

Meizu melalui laman Facebook mereka mengumumkan yang mana mereka telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama-sama pihak Canonical. Namun, apakah tujuannya tidak dikongsikan, dan membawa kepada spekulasi yang mana ia berkemungkinan untuk telefon pintar berasaskan Ubuntu.

Meizu sebelum ini pernah memperlihatkan yang mana akan hadir dengan telefon berasaskan sistem operasi Ubuntu – tetapi tiada berita lanjut berkaitan dengannya sehingga hari ini.

Meizu Canonical

Dalam salah satu gambar yang dikongsikan melalui laman Facebook Meizu, mereka memperlihatkan perbincangan mengenai pelancaran telefon Ubuntu yang sepatutnya berlaku November 2014 ini. Mengikut beberapa laporan baru, ia dikatakan mungkin dilancarkan dan dipasarkan pada tahun hadapan.

Dengan Meizu yang kini telah mula menawarkan peranti mereka di pasaran tempatan, semestinya ramai yang inginkan keunikkan akan ingin untuk mencuba peranti berasaskan Ubuntu ini jika ia dipasarkan di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd