LINE Malaysia hari ini telah melancarkan dan membuka LINE Friends Pop-Up Store di IOI City Mall, Putrajaya, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk mendapatkan pelbagai barangan koleksi rasmi LINE.
LINE merupakan salah satu aplikasi permesejan yang digunakan ramai pengguna tempatan, dimana ia hadir dengan watak-watak khusus dalam bentuk sticker, tema, permainan dan sebagainya. Pembukaan LINE Pop-Up Store ini membolehkan pengguna untuk mendapatkan patung dan barangan koleksi untuk watak-watak tersebut yang rasmi di Malaysia.
Untuk mempromosikan LINE Pop-Up Store juga, pihak LINE memasarkan kod baucar diskaun melalui aplikasi LINE, dan turut mengadakan beberapa pertandingan bersempena pembukaan LINE Pop-up Store ini.
Ini merupakan kali kedua pihak LINE membuka ia di Malaysia, dan mungkin anda yang terlepas untuk mendapatkan koleksi barangan LINE sebelum ini, boleh ke IOI City Mall dari hari ini ke 2 Januari 2015 kelak.