Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan Windows 10 khusus untuk para pembangun melalui Technical Preview, dan fungsi penuh untuk pengguna masih kekal misteri buat masa ini. Kini, mengikut laporan awal, Microsoft dijangka memperlihatkan fungsi untuk pengguna melalui sebuah acara khusus yang dijadualkan pada Januari 2015 kelak.

Windows 10

Berkemungkinan juga, pengguna akan dapat memuat-turun versi Consumer Preview selepas pengumuman tersebut kelak.

Windows 10 membawakan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan menu Start yang baru, kebolehan membuka aplikasi Windows 10 dalam bentuk tetingkap, pusat notifikasi Action Center, dan turut dijangka akan membawakan sokongan Cortana terbina.

Windows 10 turut akan menjadi sistem operasi pertama daripada Microsoft yang membawakan sokongan untuk pelbagai saiz skrin, daripada telefon ke tablet, komputer dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd