Green Heart : Gimnasium Awam Merangkap Janakuasa Elektrik

Green Heart : Gimnasium Awam Merangkap Janakuasa Elektrik

Diterbitkan pada November 29, 2014 oleh .

Melestarikan sumber tenaga adalah sesuatu yang semakin giat dilakukan seluruh dunia. Selepas ratusan tahun rakus menghancurkan sumber bumi kini manusia mula menyedari bahan api fosil yang digunakan tidak akan kekal selama-lamanya. Kos bahan api yang semakin meningkat memaksa kita semua untuk mula berjimat cermat dan mencari sumber tenaga lestari.

Green-Heart-1

Di United Kingdom wujud Green Heart. Ia adalah gimnasium awam yang juga merangkap sebagai stesen janakuasa mesra alam. Setiap alat bersenam di Green Heart mempunyai dinamo yang menukarkan tenaga kintik individu yang bersenam kepada tenaga elektrik. Bekalan elektrik yang tersimpan akan dipaparkan pada papan maklumat yang terletak di tengah-tengah Green Heart. Pada waktu malam lampu yang menerangi gimnasium terbuka ini akan dijana sepenuhnya oleh tenaga yang tersimpan. Jika anda mempunyai peranti pintar, alat bersenam ini juga mempunyai palam USB yang boleh mengecas peranti sambil anda bersenam. Bekalan elektrik yang tersimpan juga boleh dipindahkan ke grid tenaga untuk digunakan oleh penduduk setempat. Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, 460 gimnasium penjana elektrik ini sudah dibina di seluruh United Kingdom.

Jika wujud di Malaysia bagus juga. Malaysia ialah negara paling obese di Asia Tenggara. Jika kesemua lemak itu berjaya dibakar di atas gimnasium penjana elektrik Green Heart, mungkin ia mampu menghasilkan jumlah elektrik yang cukup sehingga 2020.

Green-Heart-2


TIPS & ULASAN