Cari @ Amanz

eBay InceBay sedia terkenal dalam arena jual-beli atas talian, dan kini mereka dilihat turut ingin membantu para penjual di kedai fizikal. Salah satu cara yang diperlihatkan oleh eBay adalah hasil kerjasama dengan sebuah kedai pakaian di Amerika Syarikat dengan menyediakan sebuah cermin interaktif untuk memudahkan pembelian.

Melalui cermin interaktif berkenaan, pengguna boleh memilih apakah pakaian yang diinginkan mereka, dan seterusnya ia akan dihantar terus ke bahagian mencuba pakaian. Kemudian, di bilik mencuba pakaian pula, cermin interaktif tersebut boleh digunakan untuk pengguna mengawal pencahayaan bilik, melihat info lanjut berkenaan dengan pakaian dan aksesori yang ditawarkan, dan membuat pembelian dan meminta pakaian yang dicuba dihantar untuk pembayaran.

Disamping itu, cermin tersebut yang turut diintegrasikan kepada aplikasi yang dimuat-turun pengguna, membolehkan pengguna menyimpan data seperti pakaian yang telah dicuba mereka untuk rujukan masa hadapan.

Bagi anda, adakah cermin interaktif seumpamanya akan diminati dan digunakan ramai di rantau ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd