Cari @ Amanz

DBKL MyTeksiMyTeksi merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk tempahan teksi oleh para pengguna. Mereka kini turut bekerjasama dengan DBKL, dalam memasang terminal untuk menempah teksi di lebih kurang 14 lokasi tarikan pelancong sekitar Kuala Lumpur.

Terminal berkenaan disediakan dalam bentuk tablet yang dihubungkan ke internet, membolehkan pengguna untuk menggunakannya dalam membuat tempahan teksi, dan pada masa yang sama turut menggunakan ia dalam mendapatkan lebih maklumat berkaitan pelancongan di Kuala Lumpur.

Salah satu sebab mengapa ia diperkenalkan adalah kerana mungkin tidak semua pelancong mempunyai pelan data pada telefon pintar mereka, dan dengan adanya terminal ini, ia membolehkan pengguna untuk membuat tempahan teksi yang selamat dan boleh dipercayai dengan mudah.

Antara lokasi yang akan dilengkapi dengan terminal kerjasama DBKL dan MyTeksi ini adalah di Istana Budaya, Muzium Negara, Sasana Kijang dan sebagainya. DBKL turut dijangka akan terus memperluaskan dan memasang terminal baru ini di beberapa lokasi lain sekitar Kuala Lumpur.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd