Cari @ Amanz

Beberapa minggu lepas, kami telah melaporkan secara ekslusif mengatakan Asus Malaysia akan hadir dengan laman jualan atas-talian mereka tersendiri. Kini, ia dilihat laman jualan mereka telah pun aktif, memperlihatkan beberapa tawaran yang akan dijual melalui laman jualan tersebut.

Asus Store Malaysia

Daripada penyenaraian buat masa ini, ia dilihat Asus menawarkan telefon pintar dibawah keluarga Zenfone melalui laman mereka, iaitu Zenfone 4, Zenfone 5, dan juga Zenfone 6. Pengenalan Asus Store Malaysia ini juga sekaligus dijangka akan memudahkan lagi pengguna untuk mendapatkan peranti Asus, dan membuat pembelian terus daripada Asus Malaysia.

Melalui laman mereka, ia dilihat Asus akan menawarkan sokongan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit, selain turut memilih untuk membayar secara tunai ketika menerima barang di rumah. Apa pun, menurut Asus, mereka tidak menerima bayaran secara tunai untuk barangan yang dibeli ketika pra-tempahan. Mungkin kita akan tahu lebih lanjut mengenai proses penghantaran dan sebagainya ketika pelancaran rasmi kelak.

Asus Malaysia dijangka melancarkan ia secara rasmi pada 3 Disember kelak, dimana beberapa promosi khusus dijangka akan ditawarkan ketika itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd