Cari @ Amanz

LINE merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular yang digunakan ramai pengguna di Asia. Selain sokongan permesejan dan membuat panggilan, perkhidmatan permesejan mereka juga turut dilengkapi dengan penawaran permainan dibawah perkhidmatan dinamakan LINE GAME.

Hari ini, pihak LINE mengambil langkah drastik dengan menamatkan 15 permainan dibawah platform mereka, dan mula menawarkan pemberian kembali ganjaran kepada pemain di LINE GAME. LINE mengatakan mereka mengambil langkah ini untuk memfokuskan sumber mereka pada tajuk-tajuk permainan popular yang mempunyai lebih ramai pemain berbanding permainan yang ditamatkan.

Antara permainan yang ditamatkan hari ini adalah JELLY, Dragon Flight, Tours, PUNCH HERO, EASY DIVER, Inazuma Eleven, Nutlings Tournament, PONGPONGPONG, Quiz, Homerun Battle Burst, Sonic Dash S, Go!Go!Go!, TINYFARM, delloone, dan juga ZOOKEPER.

Bagi anda yang memainkan LINE GAME, anda boleh merujuk kepada halaman khusus yang disediakan oleh LINE untuk meminta pulangan ganjaran pada permainan sekiranya tidak digunakan, dan menggunakan ia pada permainan atau perkhidmatan LINE lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd