(Ura-Ura) iPad Air Plus Bersaiz 12.2-inci Mungkin Dilancarkan Antara Bulan April Dan Jun 2015

(Ura-Ura) iPad Air Plus Bersaiz 12.2-inci Mungkin Dilancarkan Antara Bulan April Dan Jun 2015

Diterbitkan pada November 29, 2014 oleh .

Desas-desus berkenaan dengan iPad bersaiz 12.2-inci daripada Apple bukan sesuatu yang baru. Terkini, beberapa info baru hadir, mengatakan yang mana tablet bersaiz 12.2-inci tersebut mungkin akan dilancarkan oleh Apple sekitar antara bulan April ke Jun 2015 kelak.

Apple iPad Air Plus

iPad Air Plus ataupun mungkin turut dikenali dengan iPad Pro ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 12.2-inci, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan A9 terbaru daripada Apple untuk tenaga pemprosesan dan grafik yang lebih baik. Disamping itu, tablet bersaiz besar ini turut dijangka dilengkapi dengan empat speaker untuk sokongan audio yang baik kepada pengguna.

Dari segi rekaan, ia akan membawakan rekaan yang menyerupai iPad Air 2 pada hari ini. Tablet ini telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan dikatakan akan turut menyasarkan pengguna perusahaan.

Selain daripada iPad Pro atau iPad Air Plus ini, Apple turut dijangka akan memperkenalkan iPad Mini 4 dalam tempoh yang lebih kurang sama dengan cip A8X.


TIPS & ULASAN