Stellar II : Kamera Kompak Mewah Dari Hasselblad

Stellar II : Kamera Kompak Mewah Dari Hasselblad

Diterbitkan pada November 29, 2014 oleh .

Hasselblad-Stellar-II-1

Jika anda peminat bidang fotografi kamera buatan Hasselblad memang cukup terkenal. Kamera mereka yang tahan lasak digunakan oleh NASA untuk program angkasa lepas mereka dari misi pertama hinggalah ke 6 misi ke permukaan bulan. Kamera Hassleblad sangat mahal dan tidak mampu dimiliki oleh marhaen. Stellar II ialah kamera kompak mereka yang kedua selepas Stellar tahun lalu. Kamera kompak ini dilengkapi sensor 20 Megapixel. zoom optikal 3.6X dan skrin LCD sebesar 3″. Tubuhnya pula diperbuat daripada logam titanium dengan kemasan tempat pemegang diperbuat daripada kayu. Harga jualan kamera kompak ini ialah RM 6950 sebuah.Fungsi tambahan ialah ia menyokong pemindahan gambar menggunakan NFC dan juga WiFi.

Harga yang masih melampau bagi sebuah kompak tetapi murah jika dibandingkan dengan kamera studio yang dihasilkan oleh Hasselblad. Sekiranya anda mahu memiliki kamera ini tetapi tidak mahu membayar hampir RM 7 ribu anda boleh membeli Sony RX100 M2 yang dijual pada harga sekitar RM 2500. Ianya kamera yang sama cuma tanpa penjenamaan Hasselblad dan pemegang diperbuat daripada kayu. Fungsi-fungsi lain masih sama. Ini menunjukkan betapa berhilainya logo Hasselblad pada kamera. Dengan hanya meletakkan logo H, harga melonjak sebanyak 2 kali ganda.

Hasselblad-Stellar-II-2


TIPS & ULASAN