Nintendo Memfailkan paten Untuk Memainkan Permainan GameBoy Pada Telefon

Nintendo Memfailkan paten Untuk Memainkan Permainan GameBoy Pada Telefon

Diterbitkan pada November 29, 2014 oleh .

Nintendo sedia terkenal dengan beberapa permainan, termasuk konsol mudah-alih mereka seperti Game Boy. Terkini, mereka dilihat memfailkan paten untuk membawa permainan daripada Game Boy ke peranti lain, termasuk pada sistem inforia kapal terbang, telefon pintar dan sebagainya.

Nintendo Paten

Secara kasarnya, paten baru ini dilihat memfokuskan kepada sokongan emulator, membolehkan sesuatu peranti memainkan permainan dengan menggunakan sebuah perisian khusus. Pada hari ini, beberapa emulator sedia terdapat di pasaran, tetapi dengan pemfailan paten ini, ia memperlihatkan Nintendo mungkin merancang untuk menyokongnya secara sah dengan lesen yang sesuai.

Apa pun, ia boleh dikatakan sekadar pemfailan paten sahaja, dan mungkin juga perkara ini tidak direalisasikan. Namun, sekiranya ia direalisasikan, kita mungkin akan melihat pelbagai permainan Nintendo dapat dimainkan pada telefon pintar.


TIPS & ULASAN