Carian
Ubisoft Memberikan DLC Assassin’s Creed Unity Percuma Tanda Meminta Maaf
November 30, 2014 Effi Saharudin

Kami baru usai bermain Assassin’s Creed Rogue di PS3 dan ulasan akan dikeluarkan seawal esok. Selepas bermain hampir 40 jam kami akhirnya dapat menghabiskan sebuah lagi permainan AC. Kini kami berhasrat membeli AC Unity pula bagi menyambung kisah Rogue.

Kepada yang sudah memiliki Unity sejak hari pertama kami tahu ada yang masih tidak mampu menghabiskan permainan ini kerana masalah pepijat yang kronik. Masalah seperti permainan yang tidak lancar, permainan terhenti dan grafik tidak dipaparkan dengan betul adalah tiga pepijat yang paling kronik dihadapi oleh Unity. Bagi membaiki masalah yang sedia ada Ubisoft segera mengeluarkan patch untuk Unity. Sungguhpun begitu kemarahan pelanggan tidak dapat diredakan dengan hanya patch.

Unity16

Oleh itu Ubisoft akan memberikan DLC Dead Kings secara percuma kepada semua pemilik Unity seluruh dunia. Kepada pemain yang sudahpun membeli season pass untuk permainan ini, mereka akan diberikan pilihan memuat turun sebuah permainan Ubisoft secara percuma. Pada masa yang sama patch ketiga bagi membaiki lebih banyak pepijat yang dilaporkan oleh pemain akan turut dikeluarkan dalam masa terdekat. Tiada tarikh diberikan tentang bila DLC dan patch ketiga ini boleh dimuat turun.

Adakah anda gembira dengan pemberian percuma dari Ubisoft ini?

Komen