Cari @ Amanz

Dengan dunia web yang menjadi semakin utama dari hari ke hari, pelbagai pihak mula menawarkan pelayar web. Terkini, Yandex, salah satu syarikat dari Russia turut hadir dengan pelayar web untuk desktop mereka, dinamakan sebagai Yandex.Browser.

Yandex.Browser

Pelayar web ini hadir dalam saiz fail yang agak besar, iaitu 54.3MB, dimana selain daripada hanya pelayar web sahaja, ia turut dilengkapi dengan pelbagai pemalam terbina padanya. Antara pemalam yang turut hadir adalah termasuk Evernote, Last Pass, Pocket, dan sebagainya.

Dari segi rekaan pula, ia membawakan rekaan yang minimalis, dan membolehkan pengguna menikmati pelayaran web dengan baik tanpa gangguan sebarang elemen tambahan pada pelayar web. Rekaan halaman utama juga amat ringkas, dan memfokuskan kepada laman-laman yang sering dilawati pengguna.

Disamping itu, pelayar web Yandex.Browser ini juga turut menyertakan sebuah mod khas yang dinamakan sebagai Turbo untuk jimatkan data ketika melayari web, selain turut menawarkan fungsi Comfortable Video Viewing untuk paparan video yang lebih baik. Fungsi merakamkan skrin web terbina turut hadir pada pelayar web ini.

Yandex.Browser

Yandex.Browser

Pelayar web berasaskan Chromium ini nampak lebih menarik berbanding dengan versi sedia ada Yandex.Browser. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini, dan melihat sendiri fungsi-fungsi yang ditawarkan olehnya untuk pengguna desktop.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd