Lazada Menerima Dana Pelaburan Sebanyak RM842 Juta – Ingin Menambah-Baik Logitistik Dan Sistem

Lazada Menerima Dana Pelaburan Sebanyak RM842 Juta – Ingin Menambah-Baik Logitistik Dan Sistem

Diterbitkan pada November 29, 2014 oleh .

Lazada merupakan salah satu laman jual-beli yang memfokuskan kepada peralatan elektronik di rantau Asia Tenggara. Mereka sedia mempunyai operasi di Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Vietnam, Thailand dan juga Hong Kong.

Terkini, hari ini mereka mengumumkan penerimaan pelaburan sebanyak €200 juta (~RM842 juta), dalam usaha untuk terus menambah-baik penawaran dan perkhidmatan mereka. Lazada dipetik mengatakan akan menggunakan dana tersebut dalam membangunkan logistik, infrastuktur, perkhidmatan pembayaran dan juga sistem IT mereka.

Dunia e-dagang di rantau Asia Tenggara boleh dikatakan sedang meningkat secara drastik dari hari ke hari, dan dalam usaha untuk kekal sebagai penyedia terkemuka, Lazada memerlukan pelaburan ini. Mereka sebelum ini telah menerima pelaburan beberapa kali, selain beberapa syarikat lain dibawah bumbung yang sama seperti Zalora, FoodPanda dan sebagainya.

Selain menjual terus, Lazada turut mengatakan yang mana platform jualan yang disediakan untuk pihak ketiga mereka turut berkembang secara positif, dan menyumbang kepada 70% daripada pendapatan Lazada.


TIPS & ULASAN