Carian
MyTeksi Untuk Android Kini Hadir Dengan Sokongan Bahasa Malaysia
November 30, 2014 Aman

MyTeksi merupakan salah satu aplikasi tempatan yang mana memfokuskan kepada sokongan menempah teksi dari satu lokasi ke lokasi lain. Terkini, pembangunnya telah menawarkan kemaskini aplikasi untuk para pengguan peranti Android, dimana melaluinya kini ia menyokong penggunaan aplikasi berkenaan dalam bahasa Malaysia.

Aplikasi MyTeksi sebelum ini hanya ditawarkan dalam pilihan bahasa Inggeris sahaja, dan berkemungkinan pengenalan dalam bahasa Malaysia ini mungkin akan dapat menambah lagi bilangan pengguna sedia ada mereka.

MyTeksi BM

Apa pun, untuk menggunakan aplikasi berkenaan dalam bahasa Malaysia, pengguna tidak boleh mengubahnya dari bahagian tetapan aplikasi, sebaliknya perlu mengubah tetapan bahasa untuk telefon ke bahasa Malaysia. Perkara ini mungkin tidak digemari beberapa pengguna, tetapi ia memberikan pengalaman penggunaan bahasa yang konsisten untuk mereka yang menggunakan peranti dalam pilihan bahasa Malaysia.

Bagi anda yang menggunakan MyTeksi, anda turut boleh mengemaskini aplikasi anda kepada versi baru dan menikmati beberapa fungsi lain yang turut disertakan – termasuk dari segi pengoptimasian prestasi aplikasi berkenaan.

Komen