AirDroid 3 Beta Ditawarkan Dalam Bentuk Perisian Natif Untuk Windows Dan Mac

AirDroid 3 Beta Ditawarkan Dalam Bentuk Perisian Natif Untuk Windows Dan Mac

Diterbitkan pada November 30, 2014 oleh .

Bagi para pengguna Android, mungkin anda pernah dengar akan mengenai AirDroid, yang mana membolehkan anda menghubungkan telefon pintar atau tablet terus kepada desktop. Sebelum ini, ia hanya ditawarkan dalam bentuk sokongan melalui pelayar web sahaja, tetapi bermula dengan AirDroid 3, mereka turut hadir dengan sebuah pengurus desktop untuk Windows dan juga OS X.

AirDroid 3 Beta

Pengenalan perisian untuk Windows dan juga OS X ini sekaligus membolehkan pengguna mengakses peranti mereka dengan lebih efisyen lagi berbanding sebelum ini. Melalui perisian untuk desktop, pengguna boleh membuat beberapa asas seperti memindahkan fail dari telefon ke desktop atau sebaliknya, melihat notifikasi dan sebagainya. Versi baru ini juga turut membolehkan anda membalas SMS, melihat panggilan, dan turut mengakses skrin telefon terus pada desktop untuk beberapa perkara (termasuk mengakses aplikasi seperti WhatsApp untuk membalas mesej).

Pihak AirDroid turut menyertakan sokongan penyulitan menyeluruh untuk mengelakkan data anda diceroboh pihak lain ketika menggunakan perkhidmatan mereka. Untuk versi Android pula, ia menerima kemaskini antaramuka.

Bagi anda yang menggunakan AirDroid, boleh cuba versi baru ini bersama-sama fungsi yang disertakan olehnya. Kami akan membawakan pandang pertama untuknya dalam masa beberapa hari lagi.

Muat-Turun AirDroid 3 Beta


TIPS & ULASAN