Carian
HTC
HTC Desire 620 Dengan Sokongan Dwi-SIM Diumumkan Di Taiwan
November 30, 2014 Aman

HTC mempunyai beberapa penawaran peranti berspesifikasi pertengahan dibawah keluarga Desire, dan terkini mereka turut menambah HTC Desire 620 yang hadir dengan sokongan dwi-SIM. Peranti ini hadir dalam dua variasi, iaitu menggunakan cip 64-bit Qualcomm Snapdragon 410, dan juga Desire 620G yang menggunakan MediaTek MTK MT6592.

Dengan perbezaan cip pemprosesan, versi Snapdragon dilihat menyertakan sokongan LTE, sementara versi MediaTek pula membawakan sokongan WCDMA. Versi Snapdragon juga menyokong kad-SD sehingga 128GB, sementara MediaTek hanya sekitar 32GB sahaja.

HTC Desire 620

Selain daripadanya, perkara lain yang dibawakan adalah lebih kurang sama. Desire 620 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 8GB, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2100mAh.

Dari segi perisian, ia dilengkapi Android 4.4 KitKat, dan turut menyertakan sokongan EYE Experience yang diperkenalkan untuk HTC One M8 baru-baru ini.

Telefon pintar ini bakal ditawarkan di Taiwan bermula 1 Disember kelak. Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan diperkenalkan untuk pasaran antarabangsa.

Komen