Gambar Tertiris Hadir Memperlihatkan Prototaip Generasi Baru Lumia 1020 Yang Mungkin Telah Dibatalkan

Gambar Tertiris Hadir Memperlihatkan Prototaip Generasi Baru Lumia 1020 Yang Mungkin Telah Dibatalkan

Diterbitkan pada Dis 1, 2014 oleh .

Nokia Lumia 1020 telah diperkenalkan pada tahun lepas yang mana merupakan telefon pintar pertama dibawah keluarga Windows Phone dengan lensa sebesar 41-megapixel dengan teknologi PureView. Kini, telah melangkaui tempoh lebih setahun, dan pihak Microsoft dilihat masih tidak hadir dengan sebarang kemaskini untuknya – berbeza dengan keluarga peranti yang lain.

Ia sebelum ini telah diura-ura akan yang mana Microsoft mungkin hadir dengan kemaskini dibawah nama kod “McLaren”, sebelum laporan lanjut hadir mengatakan ia mungkin telah dibatalkan.

Kini, beberapa gambar baru hadir ke arena web, memperlihatkan kemungkinan peranti prototaip yang telah dibatalkan tersebut. Mengikut gambar yang tertiris, ia dilihat menyertakan memori sebanyak 2GB RAM, dan dilengkapi skrin bersaiz 5-inci, selain menjalankan Windows Phone 8.1.

Lumia McLaren

Lumia McLaren

Lumia McLaren

Peranti ini juga dilihat turut membawakan binaan gabungan aluminium dan juga plastik, seperti pada beberapa peranti Windows Phone baru.

Ia tidak diketahui sama ada peranti ini akan dilancarkan dibawah jenama Microsoft Lumia yang baru ini, ataupun ia telah dibatalkan ketika dalam pembangunan prototaip lagi.

Bagi anda, adakah jika Microsoft memasarkan peranti ini, anda akan mendapatkannya?


TIPS & ULASAN