Google Glass Versi Baru Mungkin Menggunakan Cip Pemprosesan Intel

Google Glass Versi Baru Mungkin Menggunakan Cip Pemprosesan Intel

Diterbitkan pada Dis 1, 2014 oleh .

Google Glass merupakan kaca mata pintar daripada Google, yang mana masih kurang dipasarkan secara meluas, selain popularitinya semakin merudum dari hari ke hari. Terkini, laporan baru hadir mengatakan Intel mungkin akan membangunkan cip untuk generasi baru Google Glass, menggantikan Texas Instruments sebelum ini.

Pada masa yang sama, Intel juga dikatakan akan memasarkan Google Glass ke beberapa syarikat termasuk hospital, pengeluar dan mempromosikan ia untuk digunakan di tempat kerja.

Intel boleh dikatakan agak memfokuskan kepada peranti mudah-alih akhir-akhir ini, selain daripada komputer dan laptop. Mereka pada tahun ini telah mempromosikan beberapa cip yang turut disasarkan untuk peranti boleh-pakai, dimana antaranya adalah cip Quark dan juga Edison.

Cip Intel untuk Google Glass ini turut dijangka akan menggunakan tenaga bateri yang rendah untuk menawarkan penggunaan yang lebih lama.

Dengan tahun 2015 yang menjelang tiba, mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai Google Glass, sama ada ia akan terus popular ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN