HDmyboy Ingin Membolehkan Anda Memainkan Permainan Klasik Game Boy Dalam Bentuk HD

HDmyboy Ingin Membolehkan Anda Memainkan Permainan Klasik Game Boy Dalam Bentuk HD

Diterbitkan pada Dis 1, 2014 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna yang lahir sekitar 80-an, anda mungkin pernah memainkan Game Boy, salah satu konsol permainan mudah-alih ketika itu. Kebanyakkan permainan yang diterbitkan untuknya masih mempunyai peminatnya sehingga hari ini, dan terdapat sesetengah pengguna yang menggunakan emulator untuk memainkannya pada telefon pintar atau komputer anda.

HDmyboy

Melalui projek HDmyboy di KickStarter, ia membawakan sebuah hardware tambahan yang menawarkan output dalam bentuk HDMI pada resolusi 720p – 1080p, sekaligus membolehkan anda menikmati permainan Game Boy kegemaran anda pada kaca televisyen dengan mudah.

Untuk memainkan pada kaca televisyen, mungkin anda memerlukan sebuah alat kawalan berasingan, dan pihak pembangun HDmyboy turut menawarkan sokongan untuk menghubungkan ia dengan alat kawalan NES yang diubah-suai.

Melalui laman KickStarter, mereka sedang mengumpulkan dana sebanyak €65,000 dan menyasarkan untuk memasarkan HDmyboy sekitar 2015 kelak. Jika anda mempunyai Game Boy versi asal yang dipasarkan pada 1989 (model DMG-01), mungkin anda akan berminat untuk mendapatkan HDmyboy ini.


TIPS & ULASAN