Menangi BenQ T3 dan BenQ F5 Menerusi Peraduan #BenQFunMoments

Menangi BenQ T3 dan BenQ F5 Menerusi Peraduan #BenQFunMoments

Diterbitkan pada Dis 18, 2014 oleh .

BenQ merupakan jenama yang tidak asing dalam penghasilan peranti dan kini mereka juga telah menghasilkan telefon pintar iaitu BenQ T3 dan BenQ F5 yang telah mula dijual bermula bulan Oktober lepas. Terbaru mereka mengumumkan peraduan #BenQFunMoments yang menawarkan 3 unit BenQ T3 dan BenQ F5 sebagai hadiah utama.

Telefon BenQ T3 ialah peranti 4.5″ IPS LCD qHD, pemproses 1.2 GHZ empat teras Snapdragon 400, 1 GB RAM dan muatan dalaman sebesar 4 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD. Kamera utama T3 ialah 8 Megapixel dengan kamera hadapan pula hanya 0.3 Megapixel. Telefon ini dijual pada harga RM 499 disertakan pelindung skrin dan penutupnya secara percuma.

Baca: Pandang Pertama BenQ T3

Telefon BenQ F5 ialah peranti dengan skrin 5″ IPS LCD beresolusi 720P, pemproses 1.2 GHZ empat teras Snapdragon 400, 2 GB RAM dan muatan dalaman 16 GB dengan sokongan kad MikroSD. Kamera utama ialah sebesar 13 Megapixel manakala kamera hadapan ialah sebesar 2 Megapixel. Telefon ini dijual pada harga RM 699 disertakan pelindung skrin dan penutupnya secara percuma.

Baca: Pandang Pertama BenQ F5

Peraduan yang berlangsung dari 1 Disember hingga 20 Disember ini menawarkan 3 unit BenQ F5 dan 3 unit BenQ T3 untuk dimenangi. Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu LIKE halaman Facebook BenQ Malaysia dan menghantarkan gambar kreatif mereka bertemakan keriangan atau kemesraan di Facebook atau di Instagram. Sertakan sekali kapsyen tidak melebihi 140 huruf beserta hashtag #BenQFunMoments.

LIKE + Sertai: Facebook BenQ Malaysia

Baca: Lebih info berkenaan telefon pintar dari BenQ

BenQ Fun Moments Contest_BM 1

Penafian: Advertorial dari BenQ Malaysia


TIPS & ULASAN