Google hari ini telah menerbitkan sebuah halaman baru pada Google Play, memperlihatkan koleksi aplikasi terbaik di Google Play sepanjang tahun 2014 ini. Apa pun, senarai yang dikeluarkan oleh Google kali ini seperti menerima lebih banyak kritikan berbanding senarai sebelum-sebelum ini.
Daripada senarai aplikasi yang dikeluarkan, kebanyakkan daripadanya boleh dikatakan merupakan aplikasi yang sedia popular dikalangan pengguna. Ramai pengguna yang mempersoalkan kriteria yang digunakan oleh Google untuk senarai ini, apatah lagi dengan salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh Google sendiri yang tersenarai, iaitu Google Fit. Dengan pelbagai aplikasi popular yang tersenarai, ia juga memberikan idea kemungkinan pihak Google menggunakan algoritma tersendiri untuk hadir dengannya.
Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan dengan senarai aplikasi terbaik yang dikeluarkan oleh Google untuk tahun 2014 ini?
- Info
- Layari : Aplikasi Terbaik Google Play 2014