Kini Anda Boleh Menyemak Resit Pembelian Terakhir Anda Di Enjin Carian Google

Kini Anda Boleh Menyemak Resit Pembelian Terakhir Anda Di Enjin Carian Google

Diterbitkan pada Dis 1, 2014 oleh .

Jika anda menggunakan akaun GMail untuk menyimpan pelbagai jenis invois dan resit pembelian, kini Google hadir dengan sebuah sokongan baru, memudahkan anda untuk melihat pembelian terakhir yang dilakukan oleh anda.

MyPurchases

Untuk menggunakan fungsi ini, anda hanya perlu membuat carian kata kunci “My Purchases” pada enjin carian Google, dan ia akan memperlihatkan sejumlah pembelian terakhir yang dilakukan oleh anda.

Hasil carian ini hadir berdasarkan kepada bil-bil digital yang terdapat pada akaun emel GMail anda, dan Google mempersembahkan ia dalam bentuk yang kemas pada enjin carian. Seperti biasa, fungsi ini akan dipaparkan kepada pemilik akaun sahaja, dan bukannya dipaparkan secara umum.

Fungsi ini juga boleh dikatakan merupakan salah satu perluasan pihak Google, dimana sebelum ini pengguna boleh melihat masa penerbangan mereka dengan membuat carian di Google berdasarkan kepada tiket digital yang dihantar ke akaun GMail mereka.


TIPS & ULASAN