Microsoft Mengambil-Alih Klien Emel Untuk Android Dan iOS – Acompli

Microsoft Mengambil-Alih Klien Emel Untuk Android Dan iOS – Acompli

Diterbitkan pada Dis 2, 2014 oleh .

AcompliMicrosoft hari ini secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan aplikasi Acompli, yang mana merupakan sebuah aplikasi berbentuk klien emel untuk Android dan juga iOS. Harga pengambil-alihan dianggarkan sekitar $200 juta.

Microsoft mengatakan pengambil-alihan ini merupakan selari dengan usaha syarikat perkomputeran tersebut dalam menawarkan lebih banyak kemudahan kepada pengguna peranti mudah-alih. Dengan mengambil-alih Acompli, mereka dapat menawarkan pengalaman emel yang menarik pada peranti mudah-alih, selain turut memudahkan pengguna untuk menguruskan jadual mesyuarat, serta berurusan dengan fail dan dokumen yang dihantar bersama-sama emel.

Pembangunan Acompli dijangka akan turut diintegrasikan bersama-sama pasukan pembangun Outlook, dan Microsoft dilihat akan menawarkan pengalaman emel yang lebih baik kepada pengguna pelbagai platform melaluinya. Microsoft mengatakan mereka akan berkongsi lebih lanjut berkenaan perkembangan untuk klien emel tersebut dalam masa beberapa bulan lagi. Aplikasi Acompli akan terus berfungsi seperti biasa buat masa ini.


TIPS & ULASAN