Firefox 34 Sedia Dimuat-Turun – Hadir Dengan Sokongan Carian Yang Dikemaskini, Integrasi Firefox Hello

Firefox 34 Sedia Dimuat-Turun – Hadir Dengan Sokongan Carian Yang Dikemaskini, Integrasi Firefox Hello

Diterbitkan pada Dis 2, 2014 oleh .

Mozilla hari ini secara rasminya telah memperkenalkan pelayar web versi terbaru daripada mereka untuk pengguna desktop, iaitu Firefox 34. Bersama-sama dengannya, ia menyertakan perubahan dan penambah-baikkan pada enjin carian.

Melalui Firefox 34, pihak Mozilla membuat beberapa perubahan pada sokongan carian, termasuk kebolehan untuk pengguna menambah laman carian dengan mudah pada pelayar web, selain turut membawakan perubahan penggunaan enjin carian utama di beberapa buah negara. Seperti biasa, pengguna boleh mengubahnya tanpa sebarang masalah dengan mudah.

Firefox Search

Disamping itu, Firefox 34 kini turut menyertakan integrasi klien komunikasi masa-nyata dinamakan sebagai Firefox Hello. Menggunakannya, anda boleh membuat panggilan video kepada sebarang pengguna dengan pelayar web moden dengan mudah – dengan hanya berkongsi pautan sahaja.

Firefox Hello

Mozilla turut menyertakan beberapa penambah-baikkan sekuriti pada pelayar web ini, disamping menyertakan WebIDE untuk para pembangun.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pelayar web Firefox 34 hari ini, dan menggunakannya dalam pelayaran web anda. Pelayar web Firefox sedia anda dijangka akan menerima kemaskini baru ini secara automatik.

Muat-Turun Firefox 34 untuk desktop


TIPS & ULASAN