J.K Shin Akan Kekal Mengetuai Bahagian Samsung Mobile

J.K Shin Akan Kekal Mengetuai Bahagian Samsung Mobile

Diterbitkan pada Dis 2, 2014 oleh .

Beberapa desas-desus sebelum ini telah hadir mengatakan Samsung mungkin membuat perubahan pengurusan pada Samsung Mobile. Nampaknya, ia tidak berlaku, dan ketua semasa, J.K Shin akan terus kekal mengetuai Samsung Mobile untuk tahun akan datang.

Sebelum ini, laporan hadir mengatakan Samsung akan menggantikan ketua bahagian Samsung Mobile, memandangkan ia mengalami kemerosotan jualan dan pegangan pasaran pada tahun ini. Salah satu kesan untuknya boleh dikatakan disebabkan penawaran pelbagai peranti daripada China yang hadir pada harga lebih rendah -sekaligus memberikan cabaran serius pada segmen penawaran peranti pintar mampu milik.

J.K Shin sebelum ini telah bekerja di Samsung lebih kurang tiga tahun, dan telah mengetuai bahagian komunikasi mudah-alih sejak tahun 2011. Beliau juga merupakan yang telah memperkenalkan keluarga Galaxy, yang mana merupakan keluarga peranti Android pada hari ini.

Dengan kekalnya J.K Shin, kita mungkin akan dapat melihat beberapa perubahan strategi, dan semestinya pengenalan Samsung Galaxy S6 dalam masa beberapa bulan lagi akan memberikan penanda-aras baru untuk tahap operasi Samsung pada tahun 2015.

Samsung juga sebelum ini telah diperkatakan akan mengurangkan pengeluaran variasi keluarga peranti Galaxy sebanyak 30% berbanding hari ini.


TIPS & ULASAN