(Konsep) Spinner – Peranti Windows Phone Dengan Kamera Berputar

(Konsep) Spinner – Peranti Windows Phone Dengan Kamera Berputar

Diterbitkan pada Dis 2, 2014 oleh .

Spinner-1

Di pasaran sekarang ada beberapa peranti dengan kamera berputar. Oppo N3 ialah peranti terkini dengan sistem kamera berputar. Buat masa ini hanya platform Android menawarkan peranti dengan kemampuan kamera berputar. Spinner ialah sebuah konsep untuk peranti Windows Phone dengan sistem kamera berputar. Tidak seperti peranti Oppo, kamera Spinner diletakkan pada bahagian bucu dan berputar pada paksi menegak. Tubuh peranti diperbuat daripada logam manakala kemasan tepi dan belakang pula diperbuat daripada kulit. Konsep yang dihasilkan oleh Jonas Daehnert ini nampak menarik dan premium. Rasanya sudah sampai masanya Microsoft menghasilkan peranti Lumia dengan rekaan yang berbeza dari biasa. Rekaan polikarbonat sedia ada sudah nampak sedikit ketinggalan zaman. Adakah anda berminat dengan rekaan peranti seperti di bawah?

Spinner-2

Spinner

Spinner


TIPS & ULASAN