Samsung HW-H7501/XM : Soundbar Melengkung Untuk TV Melengkung

Samsung HW-H7501/XM : Soundbar Melengkung Untuk TV Melengkung

Diterbitkan pada Dis 3, 2014 oleh .

Samsung SoundbarM2150012Televisyen melengkung ialah inovasi yang diperkenalkan tahun ini. Menurut pengeluar TV dengan skrin melengkung akan memberikan ilusi anda berada di dalam rancangan yang ditonton. Samsung adalah pengeluar yang menghasilkan TV UHD melengkung dan mereka menghasilkan dua model dengan skrin 55″ dan 65″. Apabila sudah ada TV melengkung adalah logic untuk menggunakan aksesori audio yang melengkung juga. Oleh itu Samsung HW-H7501/XM, sebuah soundbar melengkung memasuki pasaran Malaysia Oktober lalu dan direka khas untuk TV UHD keluaran Samsung. Ia merupakan sistem audio 8.1 dengan kemampuan tanpa wayar menggunakan teknologi Bluetooth. Televisyen melengkung Samsung boleh ditambat secara terus kepada soundbar ini dan mengurangkan jumlah wayar yang berpintal. Enam pembesar suara terletak di bahagian hadapan manakala dua lagi menembak ke sisi bagi memberikan bunyi surround. Sebuah subwoofer turut disertakan dan ianya juga ditambat kepada soundbar secara Bluetooth.

Samsung SoundbarM2150009

Samsung serius dalam mengurangkan penyambungan wayang pada sistem bunyi rumah mereka. Tetapi sekiranya anda masih mahu menggunakan kabel terdapat 1 input HDMI, 1 input optikal, 1 input coaxial dan 1 input 3.5mm. Terdapat juga sebuah port USB yang membolehkan anda memasang pemacu jari dan memainkan muzik secara terus. Kekurangan yang kami sedari ialah ketiadaan sokongan NFC. Tambatan Bluetooth harus dilakukan secara manual.

Di Malaysia Samsung HW-H7501/XM dijual pada harga RM 2199 tetapi sekiranya anda membeli salah sebuah dari dua televisyen UHD melengkung Samsung di pasaran, soundbar ini akan diberikan secara percuma. Tawaran ini adalah sah sehingga penghujung bulan ini sahaja. Dari demo yang kami lakukan pagi tadi soundbar ini memang menarik. Paling kami suka tentang HW-H7501/XM ialah jumlah wayar yang minimum. Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak peranti di ruang tamu seperti kami, sistem tanpa wayar seperti ini sangat-sangat diperlukan.

Samsung SoundbarM2150006

 

 


TIPS & ULASAN