Samsung NX1 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 16 Disember

Samsung NX1 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 16 Disember

Diterbitkan pada Dis 2, 2014 oleh .

Selain daripada penawaran peranti mudah-alih, Samsung turut mempunyai keluarga kamera dibawah mereka. Pada tahun ini, mereka telah memperkenalkan kamera profesional mereka memfokuskan para jurugambar untuk merakamkan gambar dengan cantik, dinamakan sebagai Samsung NX1.

Samsung NX1

Ia telah dilancarkan secara rasmi pada bulan September yang lepas, dan kini kamera tersebut turut bakal dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada pertengahan bulan Disember ini.

Samsung NX1 hadir dengan rekaan badan yang amat kemas, selain turut mengintegrasikan beberapa inovasi daripada Samsung bersama-sama dengannya. Ia membawakan rakaman AF berterusan 15FPS, sensor 28MP APS-C BSI, dilengkapi Auto Focus System III, serta membawakan rakaman gambar yang berkualiti menggunakannya.

Kamera ini juga turut hadir dengan sokongan rakaman video 4K, serta menyertakan sokongan HEVC Codec (H.265) terbina untuk penggunaan storan yang lebih efisyen. Beberapa fungsi pintar lain turut disertakan termasuk sokongan WiFi dan fungsi Samsung Smart Camera.

Harga jualan rasminya di Malaysia dijangka akan diumumkan pada 16 Disember kelak.


TIPS & ULASAN