Steam Menguji Fungsi Penstriman Permainan Seumpama Twitch

Steam Menguji Fungsi Penstriman Permainan Seumpama Twitch

Diterbitkan pada Dis 3, 2014 oleh .

Twitch merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penstriman permainan, membolehkan para pemain menyiarkan video ketika mereka sedang bermain game kepada umum. Kini, ia dilaporkan pihak Steam turut sedang menguji fungsi yang lebih kurang sama.

Steam Broadcasting

Fungsi ini dinamakan sebagai Steam Broadcasting, dan dilihat membolehkan anda menyiarkan sebarang permainan yang sedang dimainkan anda kepada sesiapa. Sekiranya seseorang sedang menyiarkan permainan, ia akan diperlihatkan melalui profil mereka, dimana pengguna umum hanya perlu melayari halaman profil para penyiar, dan klik pada “Watch Game”.

Steam Broadcasting ini dibuka kepada semua pengguna Steam dalam bentuk beta bermula hari ini, dimana bagi mereka yang berminat, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi tersebut sdengan ke halaman Steam Settings, dan menyertai Steam Client Beta.

Layari : Steam Broadcasting


TIPS & ULASAN