Cari @ Amanz

Exod-Helios-1

Fon kepala tanpa wayar ialah aksesori audio yang kami gunakan di rumah kerana ianya sangat selesa digunakan. Tidak perlu risau wayar berbelit di dalam beg dan terputus apabila tertarik dengan kuat. Di rumah kami tambatkan fon kepada tanpa wayar kepada telefon kami sebelum mendengar muzik melalui Spotify. Telefon ditinggalkan di ruang tamu dan kami bebes bergerak di seluruh rumah mendengar muzik dengan tenang.  Kami cuma kurang gemar dengan hayat bateri yang agak pendek. Kami yakin kini adalah masalah nombor satu yang dialami pemilik fon kepada tanpa wayar sedunia.

Exod Helios ialah fon kepala yang mahu mengurangkan masalah ini dari berlaku kerana ia boleh dicas menggunakan tenaga solar. Pada bahagian atas Exod Helios terdapat panel solar yang mengecas bateri secara berterusan. Menurut pereka fon kepala ini sejam di bawah cahaya matahari adalah cukup untuk memberikan kuasa selama 30 minit. Bateri  450 mAh yang digunakan pula boleh digunakan selama 15 jam sebelum perlu dicas. Fon kepala ini juga boleh berfungsi sebagai kit telefon bebas tangan dan mempunyai alat kawalan kekuatan bunyi terbina. Terdapat juga kabel 3.5mm biasa yang boleh disambungkan jika anda tidak mahu menambatnya secara Bluetooth. Ia masih belum mampu mengecas dengan pantas tetapi kami harap jika teknologi ini dikembangkan kadar pengecasan dapat dipercepatkan.

Exod-Helios-2

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd