Twitter Menambah Lebih Banyak Kesan Penuras Untuk Gambar Pada Aplikasi iPhone Dan Android

Twitter Menambah Lebih Banyak Kesan Penuras Untuk Gambar Pada Aplikasi iPhone Dan Android

Diterbitkan pada Dis 3, 2014 oleh .

Twitter sebelum ini telah sedia menawarkan beberapa pilihan penuras dan kesan efek untuk ditambah kepada gambar sebelum di kongsikan. Hari ini, melalui kemaskini aplikasi yang ditawarkan untuk Android dan iOS, lebih banyak kesan penuras baru yang dibawakan oleh mereka.

Twitter Filter

Kini, pengguna boleh melihat perubahan masa-nyata untuk gambar mereka selepas ditambah dengan kesan penuras, selain mana pengguna juga turut boleh mengawal peratusan kesan yang mereka ingin tambah pada gambar.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu menambah gambar ke Tweet mereka, dan seterusnya tap atas gambar tersebut untuk memasuki ruangan menyunting gambar dan menambah kesan penuras kepada gambar.


TIPS & ULASAN