PlayStation 4 Original Grey Sempena Ulang Tahun PlayStation Ke-20

PlayStation 4 Original Grey Sempena Ulang Tahun PlayStation Ke-20

Diterbitkan pada Dis 3, 2014 oleh .

Hari ini ialah hari ulang tahun PlayStation yang ke 20. Dua dekad yang lalu konsol berasaskan cakera padat ini muncul di pasaran Jepun dan memulakan dominasi Sony di dalam arena permainan konsol. Ratusan juta PlayStation dijual di dalam bentuk 4 konsol, 2 konsol mudah alih dan sebuah peranti pintar. Kejayaan PlayStation adalah tidak disangka kerana ia sebenarnya projek usahasama Sony dan Nintendo yang gagal. Kejayaan PlayStation bermula dengan PlayStation generasi pertama berwarna kelabu. Bagi meraikan ulang tahun ke-20 konsol ini, Sony menghasilkan PlayStation 4 edisi terhad berwarna Original Grey .Warnanya berpadanan dengan konsol PlayStation generasi pertama. Hanya 12300 konsol edisi terhad ini akan dihasilkan. Jumlah 12300 yang dihasilkan adalah sebagai memperingati tarikh PlayStation diumumkan (3 Disember) . Harga jualan konsol edisi terhad ini ialah Yen 49980 (RM 1444) dan pembeli akan dipilih secara cabutan bertuah. Di Amerika Syarikat ianya hanya akan dijual di PlayStation Experience di Las Vegas. Tiada perancangan untuk menjual konsol ini menerusi saluran lain. Selamat hari jadi kepada PlayStation.

PS4-Original-1

PS4-Original-2

 


TIPS & ULASAN