Cari @ Amanz

Opera Software hari ini telah memperkenalkan versi terbaru pelayar web desktop mereka untuk pengguna Windows, Mac, dan juga Linux, iaitu Opera 26. Selain membawakan pelbagai fungsi baru, Opera 26 turut menjadi pelayar web pertama berasaskan Chromium daripada Opera dalam bentuk stabil untuk pengguna Linux.

Opera 26

Pada Opera 26, menjadi fokus utama adalah pengenalan fungsi perkongsian bookmark. Seperti semua sedia maklum, pihak Opera sedia menawarkan fungsi menyimpan bookmark yang disusun kemas dalam bentuk folder dan paparan yang menarik. Kini, anda boleh memilih folder yang anda ingin kongsikan, dan seterusnya berkongsi koleksi bookmark tersebut dengan rakan-rakan anda.

Fungsi ini mungkin memudahkan pengguna yang berkolaborasi dalam melakukan tugasan, terutamanya tugasan pelajaran ataupun di pejabat – dimana anda boleh berkongsi pautan hasil kajian bersama-sama rakan lain dengan lebih mudah berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Opera, anda boleh memuat-turun Opera 26 hari ini, dan menggunakan fungsi perkongsian bookmark yang dibawakan olehnya ini. Untuk pengguna Linux, versi Opera 26 hanya menyokong sistem 64-bit sahaja, sementara pengguna sistem 32-bit perlu kekal menggunakan Opera 12 sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd