OnePlus Two Dijangka Akan Diperkenalkan Sekitar Suku Ketiga 2015

OnePlus Two Dijangka Akan Diperkenalkan Sekitar Suku Ketiga 2015

Diterbitkan pada Dis 3, 2014 oleh .

OnePlus merupakan salah satu syarikat pengeluar peranti yang semakin popular namanya dari hari ke hari, memandangkan mereka menawarkan peranti berspesifikasi tinggi pada harga rendah, selain turut menyertakan CyanogenMod secara terbina padanya.

Terkini, selari dengan pelancaran di India, pihak OnePlus turut berkongsi mengatakan mereka merancang untuk memperkenalkan OnePlus Two sekitar suku kedua atau ketiga 2015 kelak.

OnePlus One

Buat masa ini, info mengenai spesifikasi dan harga untuk OnePlus Two tidak diketahui. Namun, mengikut desas-desus awal, ia dikatakan berkemungkinan bersaiz sedikit kecil berbanding OnePlus One hari ini.

Disamping itu, ia turut tidak diketahui sama ada pihak OnePlus akan kekal menggunakan CyanogenMod ataupun sebaliknya. Baru-baru ini, mereka menghadapi masalah ketika pelancaran di India, memandangkan CyanogenMod telah menandatangani perjanjian dengan pengeluar di India untuk menggunakannya secara eksklusif. Pihak OnePlus mengatakan mereka akan hadir dengan sistem operasi tersendiri berasaskan Lolipop tidak lama lagi, dan akan ditawarkan dalam versi cubaan dalam beberapa bulan lagi.

Mungkinkah sekiranya mereka menggantikan penggunaan CyanogenMod, ia akan memberikan impak atau hasil jualan yang sedikit berbanding sekarang ini?


TIPS & ULASAN