Pada hari ini, terdapat beberapa laman web yang menyertakan sebuah bahagian khas untuk pengguna mengisi CAPTCHA dalam memastikan mereka benar-benar manusia, dan bukannya bot berbentuk spam dan sebagainya. Ia mungkin agak tidak digemari sesetengah pengguna memandangkan prosesnya yang agak sukar. Untuk memudahkannya, kini Google hadir dengan sebuah perkara baru dinamakan reCAPTCHA.
Melalui reCAPTCHA, pengguna hanya perlu klik sahaja pada kotak mengatakan mereka bukan robot. Google menggunakan beberapa analisa dalam memastikan anda benar-benar adalah manusia dan bukannya bot berbentuk spam, tanpa memerlukan anda memasukkan sebarang perkataan khusus seperti hari ini.
Apa pun, sekiranya peratusan analisa Google pada tahap membimbangkan, ia akan memaparkan sebuah kotak untuk anda memasukkan perkataan, angka, atau suruh meneka gambar dan sebagainya.
Pengenalan Google reCAPTCHA ini dilihat ingin memudahkan proses pengguna menggunakan sesuatu web, disamping pada masa yang sama menambah-baik lagi pengenal-pastian sesuatu bot berbentuk spam.
Bagi pembangun web, anda boleh menyertakan sokongan untuknya hari ini ke web anda, selain Google turut menyediakan sebuah pemalam khusus untuk pengguna platform WordPress.
- Layari : GOogle reCAPTCHA