Telegram Kini Membolehkan Anda Mengubah Nombor Telefon

Telegram Kini Membolehkan Anda Mengubah Nombor Telefon

Diterbitkan pada Dis 4, 2014 oleh .

Telegram merupakan salah satu perkhidmatan permesejan seumpama WhatsApp, membolehkan anda menghantar mesej berbentuk teks, selain fail berbentuk media dan juga dokumen. Pada minggu ini, mereka telah menawarkan kemaskini kepada pengguna Android dan juga iOS, membawakan beberapa fungsi baru bersama dengannya.

Salah satu yang menjadi fokus utama adalah kebolehan untuk pengguna mengubah nombor telefon pada aplikasi berkenaan. Mungkin adakalanya anda ingin mengubah nombor telefon, tetapi pada masa yang sama ingin mengekalkan rakan-rakan anda di Telegram. Melalui kemaskini ini, anda boleh membuat perubahan nombor telefon, dan memandangkan semua data disimpan di awan, maka ia akan memudahkan proses anda memindah data ke nombor baru, dan mengikuti perbualan dengan rakan-rakan anda.

Telegram Tukar Nombor

Rakan anda di Telegram akan secara automatik menerima nombor baru anda dan dikemaskini pada buku alamat mereka. Ia sekaligus memudahkan lagi proses daripada memberitahu secara manual berkenaan perubahan nombor telefon baru anda.

Perkara ini juga mungkin merupakan perluasan penggunaan nama pengguna yang telah diperkenalkan oleh pihak Telegram sebelum ini. Disamping pengenalan fungsi baru tersebut, kini pihak Telegram dilihat mempunyai pelbagai perancangan menarik untuk tahun hadapan, dimana mereka kini menyediakan halaman di URL Telegram.ME, dan setiap pengguna boleh menggunakan penambahan dengan nama mereka pada URL untuk memberitahu rakan mengenai aplikasi ini. Sebagai contoh, sekiranya saya menggunakan nama pengguna amanfirdaus, maka URL khusus untuk saya adalah telegram.me/amanfirdaus. Bila pengguna tap pada nama di halaman berkenaan, ia secara automatik akan membuka aplikasi Telegram dan membolehkan anda menghantar mesej.

Disamping itu, kemaskini untuk Android dan iOS yang baru ini juga kini turut membawakan sokongan sekuriti dan penyulitan yang lebih tinggi, sekaligus memastikan data yang anda hantar dan terima lebih selamat.

Muat-Turun Telegram untuk Android

Muat-Turun Telegram untuk iOS


TIPS & ULASAN