Iklan Petronas Menjadi Video Iklan Paling Popular Di YouTube Malaysia Sepanjang Tahun 2014

Iklan Petronas Menjadi Video Iklan Paling Popular Di YouTube Malaysia Sepanjang Tahun 2014

Diterbitkan pada Dis 4, 2014 oleh .

Dengan bulan Disember hadir, pelbagai syarikat mula menyediakan statistik semasa mereka berkongsi mengenai beberapa data menarik mengena perkhidmatan mereka. Terkini, pihak YouTube turut telah mengeluarkan data mereka, bermula dengan video iklan popular yang ditonton oleh pengguna tempatan sepanjang tahun 2014 ini di YouTube.

Kebanyakkan iklan yang menduduki tangga teratas adalah iklan berkenaan perayaan dan kesemuanya mempunyai jangka-masa melangkaui 30 saat yang sering menjadi trend di iklan televisyen. Menduduki tangga pertama dan kedua adalah iklan Petronas untuk hari Raya dan Tahun Baru Cina, selain beberapa jenama tempatan lain yang turut tersenarai adalah Astro, Amband, dan juga Malaysia Airlines.

PETRONAS – Raya 2014: Ke Pangkuan Bonda

PETRONAS – CNY 2014: Young Hearts

NIKE – Winner Stays

Castrol – Typical Malaysian Football Fans

Maxis – It’s ok. We’re family – Maxis Merdeka 2014

Astro – [Raya 2014] Aidilfitri Astro Kosong Kosong

Samsung – Samsung GALAXY S5 – Official Introduction

Ambank – Raya Bergaya Bersama AmBank

Malaysia Airlines – TERBANG, A Malaysian story

Nissan – Atuk (Nostalgia Raya Bersama Nissan 2014)


TIPS & ULASAN