GrabTaxi Menerima Suntikan Dana USD 250 Juta Dari Softbank Corporation

GrabTaxi Menerima Suntikan Dana USD 250 Juta Dari Softbank Corporation

Diterbitkan pada Dis 4, 2014 oleh .

Baru sahaja MyTeksi menerima suntikan dana Series-C pada bulan Oktober lalu, hari ini mereka mengumumkan suntikan dana Series-D dari Softbank Internet & Media Inc, bernilai USD 250 Juta (~RM 860 Juta) untuk GrabTaxi. Bagi yang tidak mengenali akan GrabTaxi, ia merupakan syarikat MyTeksi yang memfokuskan penawaran perkhidmatan di luar Malaysia, seperti di Indonesia, Singapura dan sebagainya.

Softbank Corporation merupakan syarikat berasal dari Jepun dan mempunyai pelbagai produk serta perkhidmatan berkaitan komunikasi dan internet. Nikesh Arora, naib pengerusi Softbank Corporation dan juga CEO bagi Softbank Internet & Media Inc mengatakan yang GrabTaxi dengan pantas telah menjadi pelopor industri tempahan teksi dalam masa dua tahun, dan atas bukti tersebut serta kepimpinan Anthony (CEO GrabTaxi), Softbank ingin menyokong pasukan GrabTaxi serta menggalakkan pertumbuhan aplikasi berkenaan di rantau ini.

MyTeksi-carta pertumbuhan

GrabTaxi telah meluaskan liputan perkhidmatan mereka ke 17 bandar meliputi 6 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam. Dengan pelaburan ini, Softbank berhasrat untuk membina imej mereka di rantau ini serta memaksimumkan potensi syarikat internet yang dilabur oleh mereka.


TIPS & ULASAN