Komputer Riba Memfokuskan Permainan – HP OMEN Dilancarkan Di Malaysia – Intel i7, GeForce GTX 860M

Komputer Riba Memfokuskan Permainan – HP OMEN Dilancarkan Di Malaysia – Intel i7, GeForce GTX 860M

Diterbitkan pada Dis 4, 2014 oleh .

HP Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan beberapa produk baru daripada mereka, dan salah satunya adalah komputer riba memfokuskan gaming, dinamakan sebagai HP Omen.

HP OMEN

HP OMEN menggunakan Windows 8.1, dan dilengkapi dengan skrin bersaiz 15.6-inci dengan sokongan sentuh. Ia turut menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 860M, memori 16GB DDR3L, dan storan berasaskan SSD bersaiz 512GB.

Dari segi rekaan, boleh dikatakan HP OMEN ini membawakan rekaan yang menarik berbanding beberapa komputer riba lain yang sering bersaiz besar dan tebal. Seperti kebanyakkan komputer riba memfokuskan permainan, HP OMEN turut hadir dengan sokongan untuk papan kekunci pintas, selain pengguna boleh mengubah warna lampu papan kekunci mengikut kegemaran mereka.

HP OMEN

HP OMEN

Di Malaysia, HP OMEN akan ditawarkan pada harga bermula RM6999. selain mana mereka turut menawarakna beberapa aksesori tambahan, seperti HP OMEN Gaming Mouse pada harga RM149, dan juga HP OMEN Gaming BackPack pada harga RM149. Ia akan dijual bermula 10 Disember ini di Malaysia, dan turut didatangkan dengan papan kekunci serta backpack secara percuma, selain dua permainan WarCraft percuma untuk masa yang terhad.

HP OMEN


TIPS & ULASAN