Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengenalan HP OMEN, pihak HP turut sama memperkenalkan komputer riba mampu-milik daripada mereka berasaskan kepada Windows 8.1 Bing, dan ditawarkan dalam dua variasi saiz iaitu 11-inci dan juga 13-inci.

HP Stream

HP Stream memfokuskan kepada penggunaan storan awan yang ditawarkan percuma bersama-sama dengannya, dan hadir dengan ruangan storan berasaskan eMMC sebesar 32GB. Memandangkan ia hadir dengan Windows 8.1 Bing, maka ia turut dilengkapi dengan perisian pejabat Office 365 percuma setahun dan ruangan storan OneDrive sehingga 1TB percuma setahun.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan Intel Celeron N2480, memori sebanyak 2GB RAM, satu port USB 3.0, ruangan HDMI, 1 port USB 2.0, dan dilengkapi dengan ruangan kad-SIM.

Penggunaan ruangan kad-SIM membolehkan pengguna kekal akses internet dengan mudah pada bila-bila masa menggunakan komputer riba ini.

Di Malaysia, HP Stream hadir dalam dua saiz dan dua pilihan warna iaitu Magenta dan biru. HP Stream bersaiz 11-inci dijual pada harga RM1099, sementara bersaiz 13-inci dijual pada harga RM1199.

HP Stream

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd